
PERSATUAN BEKAS PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH SALOR
Utusan Pengerusi
DATO' SR MOHAMAD BASRI BIN MAT NOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama-tama sekali marilah kita panjatkan puji syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat, rahmat dan keizinanNya dapat kita menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Salor (PBPSMS) pada 26 Julai 2016 yang lalu.
Matlamat utama penubuhan PBPSMS adalah untuk menggabungkan kesemua bekas-bekas pelajar SM Salor/ SMK Salor semenjak penubuhannya sehingga sekarang melalui dua (2) wadah utama iaitu
-
Menghubungkan silaturahim pelajar-pelajar yang telah tamat di SM Salor/SMK Salor dan berusaha untuk berkongsi segala kepakaran, manfaat dan kebaikan melalui wadah PBPSMS ini.
-
Membantu pelajar-pelajar yang sedang belajar di SMK Salor dari segala aspek yang boleh dibantu bersama-sama PIBG dan pihak sekolah demi memastikan pengajian mereka dapat ditamatkan dengan jayanya di SMK Salor ini dan seterunya memperolehi kejayaan yang terbaik untuk masa depan mereka nanti.
PBPSMS dengan ini mengalu-alukan pendaftaran keahlian dengan persatuan ini melalui laman sesawang yang disediakan. Selain itu, saya selaku Pengerusi dan AJK juga berbesar hati untuk menerima sebarang teguran dan cadangan bagi memastikan PBPSMS ini dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya.
Selamat melayari pendaftaran keahlian anda melalui laman sesawang PBPSMS.
